BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 18, 2009

Rich and Friends

Pada pagi itu,Puteri Ellisya Addeena sudah siap untuk ke sekolah baharunya iaitu sekolah yang ternama di Malaysia."Mama,Ellisya pergi sekolah dulu ye ,assalamualaikum mama."kata Ellisya dengan sopan dan penuh lemah lembut."Baiklah sayang,duit belanja dah ada ?"tanya Datin Rina Kirana yang juga bekas seorang model terkenal yang kaya."Tak mama,Ellisya bawa bekal sahaja."kata Ellisya."Ellisya,kita ni orang kaya dan berkemampuan,buat apa bawa bekal?Beg pun bawa beg Billabong,kamu ni kenapa sayang?"tanya mama dengan riak muka yang mengambil berat dan serious."Tak ada apa apa mama,Ellisya kena pergi dulu dah lambat."kata Ellisya dengan tergesa-gesa.

*******************************************************


Setibanya disekolah,Ellisya segera masuk ke dalam kelas tingkatan 3 Cemerlang yang juga kelas kedua.Tiba tiba dia disapa oleh seorang murid perempuan yang manis bertudung."Hai,saya Sara.Nama awak siapa?"tanya Puteri Maisara sambil menguntumkan senyuman yang paling manis kepada Ellisya."Hai,nama saya Puteri Ellisya Addeena,panggil Ellisya"kata Ellisya dengan sopan."Oh,awak dari mana?saya pun baru pindah,saya dari Kedah"kata Sara."Saya dari Kuala Lumpur,papa saya ada kerja dekat Putrajaya ni."kata Ellisya."Eh,jom lah masuk kelas,saya perkenalkan awak kepada kawan saya.Mereka semuanya baik dan peramah"kata Sara."Okay"kata Ellisya.Apabila sampai di kelas 3 Cemerlang,Sara segera memperkenalkan Ellisya kepada kawan-kawannya."Korang,ni Ellisya dia murid baru,perkenalkan lah diri korang"kata Sara.Tiba-tiba,seorang murid bernama Sheqah menolak."Tidak!saya tak nak!!"

BERSAMBUNG.................................

Truly,
misterious author

0 comments: