Hai semua,apa khabar?Misterious Author ingat kan,Misterious Author nak membuat transformasi kepada blog Misterious Author nie.Bukan tukar template atau masuk kan apa apa yang baru tetapi isinya.Tak gunakan kalau blog je chantek tapi isi boring.......betul tak?Sekarang kan,Misterious Author rasa cam bowing laks nak sambung cite.Ada cite baru tapi masih dalam edit posts.M.A.L.A.S !!!!!!.Tak pe.Sekarang,Misterious Author nak kongsi skit cite cite kehidupan Misterious Author.Boleh??Itulah transformasi nye..Sesiapa yang memang tak leh terima cadangan Misterious Author nie,jangan lupa komen ye.Sekian TERIMA KASIH............
Sekian,
misterious author
Tuesday, October 27, 2009
Transformasi........
Posted by Misterious Author at 3:10 AM 0 comments
Thursday, October 22, 2009
Thursday, October 1, 2009
Pengumuman
Selamat sejahtera kepada semua pembaca,
Saya ingin meminta maaf kerana terlambat memasukkan entry lantaran musim ini kan musim raya jadi misterious author juga tidak ketinggalan pulang ke kampung yang tiada line untuk internet.Misterious author rindu sangat blog ni dan teringin menulis kembali.Setelah hampir seminggu pulang,apabila cuba buka,tiba tiba internet ada problem lah pulak.Bukan main stress misterious author yang tidak boleh berpisah dari internet lebih seminggu.Baru hari ini misterious author boleh guna.Maafkan saya ye?Khas untuk anda,saya dah buat cerita baru.Enjoy!!!!
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 6:10 AM 0 comments
Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Assalamualaikum kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia,
Misterious Author ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang membaca post ni.Segala salah dan silap harap dapat dimaafkan tanpa ragu-ragu.So,sesiapa yang nak duit raya datanglah rumah Misterious Author yang korang pun tak tahu mana.Carilah rumah Misterious Author ye.Harap-harap jumpa.Okay,sesiapa yang ingin membuat ucapan kepada yang tersayang atau yang tidak tersayang,Misterious Author bagi peluang untuk membuat ucapan dekat sini,tapi ada syarat iaitu seorang kena sekali sahaja tau.Ok,sekian terima kasih.ENJOY!!!!!!!!!!!!!!!!
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 11:03 PM 0 comments
Rich and Friends 6
Dalam perjalanan ke sana,Ellisya terserempak dengan empat orang budak gedik yang diberi nama Sheqah,Sheela,Zizie dan Zahirah."Wait a minute,kau nak pergi mana hah?"tanya Sheqah dengan kasarnya."Where I want to go is not your bussiness"kata Ellisya yang sememangnya fasih berbahasa English."Amboi,melawan nampak"kata Zahirah sambil menolak Ellisya sehingga badannya menyembah bumi."Ouch,sakitnya"kata Ellisya dan dia segera pulang dan tidak jadi mahu bertemu Sara yang sudah berjam-jam tunggu.
*********************************************************
"Ellisya,mama ada berita yang sangat penting untuk bagitahu Ellisya dengan Kak Eisya"kata Datin Rina Kirana yang kelihatan gopoh."Apa dia mama?Ellisya tengah sibuk ni"kata Ellisya yang sedang sibuk meletakkan ubat di luka yang tadi disebabkan dia terjatuh."Mama dapat tawaran memperagakan baju ciptaan Amin Jauhary!!!"kata mama yang sangat teruja."Oh,ye ke mama?I am so proud of you,mom!!"tanya Ellisya."Tapi,sayang,dekat Kuala Lumpur "kata mama."Apa!!!maksudnya,Ellisya kena pindah???mama,Ellisya tak nak tinggalkan Sara!"rayu Ellisya."Kita nak pindah esok,so,Ellisya kirim surat je lah dekat Sara,ye?"kata mama seperti tidak memahami langsung puteri bongsunya itu.
*************************************************************
Isi suratnya ialah:
Ke hadapan Puteri Maisara,
Tujuan saya mengirimkan surat ini ialah untuk memohon maaf yang teramat sangat kepada saudari kerana saya terpaksa membatalkan pertemuan dengan saudari yang kita rancang di La' Marissa Cafe.Itu semua berlaku secara tiba-tiba dan ada hal mustahak.
Saudari,
Saya ada berita yang saya tidak tahu menggembirakan atau menyedihkan iaitu saya akan berpindah dengan segera esok ke Kuala Lumpur kembali.Saya berasa sungguh berat hati untuk meninggalkan saudari dan Sekolah Menengah Damansara Heights.Ini semua salah mama saya yang sudah tua tetapi tetap mahu menjadi model pakaian,menyampah saya!!
Akhir kata,saya mahu saudari tahu bahawa saudari lah kawan baik saya yang tiada ganti.Walau apa pun terjadi,saya tetap mengangap bahawa saudari kawan saya.Saya berharap saudari tidak akan melupakan saya dan tidak menyesal bertemu dengan saya.Semoga kita berjumpa di lain hari.
Sahabatmu,
Puteri Ellisya Addeena
***********************************************************************
Setelah membaca surat Ellisya,setitik demi setitik air mata Sara menitis.Dia benar-benar tidak menyangka bahawa rakan yang dia sudah rasa serasi meninggalkannya.Sesungguhnya,dia tidak mementingkan kekayaan seseorang kawan tetapi peribadinya yang penting."Ellisya,kenapa awak tinggalkan saya!!!"jeritnya didalam hati sambil menangis seorang diri di dalam bilik Extra Deluxe nya."Tidak mengapa,saya pasrah,semoga kita berjumpa di lain hari Ellisya,sahabatku"katanya didalam hati.
TAMAT....................................
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 1:45 AM 0 comments
Rch and Friends 5
"Lah,Ellisya,kenapa adik kakak ni?tiba tiba je masam ni?"tanya Eisya yang kelihatan panik."Kak,Ellisya ada nak cakap lah,jom pergi bilik"kata Ellisya kepada kakaknya,Puteri Eisya Sophea."Okaylah Ellisya,anything for my dearest sister."kata Eisya."Boleh mama ikut?"tanya mama seperti menguji Ellisya."Tak nak,nanti mama asyik cakap pasal duit je,naik pening Ellisya bila cakap pasal duit"kata Ellisya sambil mengejek manja kepada mama nya.
******************************************************************
"Ellisya kenapa?Ada apa-apa tak kena ke?"tanya kakaknya dengan penuh prihatin kepada satu-satunya adik perempuannya."Tak de apa-apa kak,cuma Ellisya dah pindah sekolah."kata Ellisya."So?Kenapa bila kakak tanya Ellisya masam?"tanya Eisya."Kawan baik Ellisya yang Ellisya percayai selama ni ternyata pencuri.Dia curi duit Ellisya"kata Ellisya dengan sebak."Macam ni lah Ellisya,kakak bukannya nak berpihak kepada kawan Ellisya tu,tapi Ellisya kena siasat dulu sebelum buat apa-apa tuduhan,jangan tergesa-gesa"nasihat Eisya."Tapi kakak,pengawas jumpa duit Ellisya dekat dalam beg dia ,kak"adu Ellisya."Cuba Ellisya fikir betul betul,Ellisya rasa dia curi duit tu bila?"Pertanyaan Kak Eisya itu menguji minda Ellisya yang sememangnya cerdik."Uhmmm,waktu rehat?"jawab Ellisya."Okay,cuba Ellisya fikir,ada tak Ellisya berenggang dengan dia?bila-bila pun,ada?"tanya Kak Eisya."Tak de kak,Ya Allah,kak Eisya,Sara tak bersalah langsung,Ellisya tuduh je dia.Kak,Ellisya nak call dia kejap.
********************************************************************
WE WERE BOTH YOUNG WHEN I FIRST SAW YOU
I CLOSE MY EYES AND THE FLASHBACK STARTS
I'M STANDING THERE IN THE BALCONY IN SUMMER AIR
SEE THE LIGHT,SEE THE PARTY, SEE THE BALL GOWN
SEE YOU MAKE YOUR WAY THROUGH THE CROWD AND SAY HELLO
LITTLE DID I KNOW....................
Tiba-tiba,satu suara menjawab iaitu Sara."Hello,Sara,ni Ellisya"kata Ellisya untuk memulakan perbualan."Hello,Ellisya,kenapa?Awak telefon ni sebab nak marah saya ye?Berapa kali saya nak kata,saya tak curi duit awak!"kata Sara yang hampir nangis"Tak,saya percayakan awak,Sara."kata Ellisya.Sesungguhnya kata kata Ellisya itu telah mengejutkan Sara sehingga dia menjadi terkedu."Betul ke Ellisya??"tanya Sara yang masih mencubit dirinya yang merasa bagaikan mimpi."Ye,betul,kenapa tak percaya?"tanya Ellisya."Nanti saya nak jumpa awak dekat La' Marissa Cafe.Saya nak dengar dari mulut awak sendiri.Sekarang tau"perintah Sara."Yelah,bye"kata Ellisya yang memutuskan perbualan."Kak Eisya,Ellisya nak pergi jumpa Sara dekat cafe kejap ye bye.
Apakah yang terjadi di La' Marissa Cafe?Nantikan!!ENJOY!!!!!!!
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 12:33 AM 0 comments
Friday, September 18, 2009
Rich and Friends 4
"Saya tak mencuri duit Ellisya cikgu,tolonglah percaya"kata Sara."Alah cikgu,kalau dah mencuri takkan dia nak mengaku,mana ada dalam sejarah sekolah kita orang mengaku lepas buat kesalahan"kata Qistina dengan bisanya."Qistina,kamu sila keluar dari bilik cikgu,jangan tambah huru hara lagi"kata Pn.Hjh Zahrah.Setelah Qistina keluar,Pn.Hjh.Zahrah dengan segera menjatuhkan hukuman keatas Puteri Maisara iaitu membersihkan tandas perempuan selama 3 hari di bawah pemantauan Pn.Liza dan Ellisya sendiri.
***************************************************************
Pada hari pertama:
"Ellisya,hari ni cikgu ada kelas lah,boleh Ellisya seorang je yang pantau Sara?"tanya Pn.Liza."Boleh cikgu,Ellisya boleh tolong cikgu,tapi sejam je sebab subjek lepas tu Sejarah,Pn.Ruminah nak bagi latihan untuk PMR"kata Ellisya."Itu pun dah cukup bagus,Ellisya.Terima kaih ye?"."Sama-sama cikgu."kata Ellisya lalu terus ke tandas dan dia mendapati Sara sudah ada di situ.
"Ellisya,saya nak minta maaf sangat,saya tak bersalah"rayu Sara."Sangat susah saya nak percaya awak sekarang Sara.Awak dah melukakan hati saya sebab selama ni saya anggap awak kawan baik saya tau!"kata Ellisya yang kedengarannya MUKTAMAD!!!!.Sedang mereka bergaduh,tiba-tiba empat orang perempuan yang tinggi lampai tetapi tidak berapa jelita datang."Well,well,well,inilah dia seorang budak tandas dan seorang lagi pemantau budak tandas.Kesian aku tengok korang ni."kata Sheqah diikuti hilaian ketawa Zizie,Sheela dan Zahirah."Eh,awak buat apa dekat sini hah?"tanya Sara sambil mengemop lantai."Tak de apa-apa,saja je nak tengok korang berdua."kata Sheqah."Eh,Sheqah,jomlah pergi,budak ni dah busuk macam bau tandaslah"kata Sheela sambil membuat muka nak termuntah untuk menambah perisa mengejek.Dengan segera mereka pun keluar dari tandas.
**************************************************************
Setibanya di rumah banglo Ellisya,dia mendapati ada sebuah kereta berjenama Ferrari berwarna kuning di 'garage'rumahnya.Dia segera berlari ke dalam selepas mengecam kereta siapa itu."Assalamualaikum,mama,Kak Eisya."kata Ellisya dengan suara nyaringnya dan masuk ke dalam rumahnya."Waalaikumussalam,Ellisya"kata Kak Eisya lalu memeluk Ellisya."Kak Eisya,Ellisya rindu sangat dengan kakak"kata Ellisya sambil memeluk dengan erat kakak kandungnya yang baru pulang dari London untuk belajar."How are you,darling"tanya Kak Eisya.Tiba-tiba muka Ellisya yang keriangan tadi bertukar menjadi masam apabila di soal oleh Kak Eisya .
Mengapakah Ellisya menjadi muram apabila di tanya khabar oleh Kak Eisya?Nantikan jawapannya di episod yang akan datang.ENJOY!!!!!!!!!!
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 11:17 PM 0 comments
Rich and Friends 3
"Macam mana ni Sheqah?Kebelakangan ni Sara asyik dengan Ellisya je". kata Sheela."Betul tu Sheqah,asyik bersama je kemana mana,macam belangkas."kata Zizie.Semakin meluap luap kemarahan Sheqah terhadap seorang insan bernama Ellisya.Ellisya yang telah merampas kawan baiknya yang bernama Sara."Korang semua ada rancangan tak cara nak membuat si Ellisya tu bencikan Sara?"cakap Sheqah."Apa kata kita fitnah si Ellisya tu curi barang Sara."kata Zahirah."Bagus tu"kata Sheqah
****************************************************************
"Awak cari apa tu Ellisya?penting je nampak"tanya Sara."Saya cari duit saya yang saya nak bayar duit lawatan tu.Tapi hilang lah Sara"kata Ellisya.Sara hanya mampu melihat saja Ellisya membelek-belek beg Billabongnya."Tak jumpa Sara!!"kata Ellisya dengan nada yang hampir menangis."Jomlah Ellisya,saya teman awak jumpa Pn.Liza,guru disiplin.Nanti cikgu boleh suruh pengawas pengawas buat spot check."kata Sara.
***************************************************************
Kemudian,pada waktu rehat ada pengumuman yang dilakukan oleh Pn.Liza iaitu
KEPADA SEMUA MURID MURID,SAYA PN.LIZA SELAKU GURU DISIPLIN INGIN MENGUMUMKAN BAHAWA ADA DIANTARA KAMU TELAH MENCURI DUIT PUTERI ELLISYA ADDEENA SEBANYAK RM 100.SAYA MAHU SEMUA MURID DUDUK DI TAPAK PERHIMPUNAN INI BUAT SEKETIKA SEMENTARA MENUNGGU PARA PENGAWAS MEMBUAT SPOT CHECK.
Kata kata Pn.Liza itu telah membuat empat orang murid iaitu Sheqah,Sheela,Zizie dan Zahirah tersenyum secara rahsia di belakang barisan.Semua murid mengeluh apabila disuruh duduk di tapak perhimpunan itu kerana cuaca bukanlah redup tetapi sebaliknya.
*********************************************************************
Setelah setengah jam berlalu,Pn.Liza sekali lagi membuat pengumuman iaitu
PARA PENGAWAS TELAH MENJUMPAI DUIT ELLISYA IAITU DI DALAM BEG RAKAN YANG DUDUK DI SEBELAH ELLISYA SENDIRI IAITU TAK SILAP SAYA MUID YANG BERNAMA PUTERI MAISARA.SILA JUMPA SAYA DI BILIK GURU PENOLONG KANAN 2 SELEPAS INI JUGA.BEGITU JUGA KAMU ELLISYA.
Kata kata Pn.Liza telah membuat satu golongan gembira dan satu golongan lagi ternganga besar.Ellisya betul betul tidak menyangka bahawa rakan yang dia percayai selama ini ternyata seperti 'HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI'.Ketika di bilik GPK2 Ellisya ditemani oleh Qistina dan sudah geram akan sikap Sara.
************************************************************************
"Puteri Maisara,adakah benar kamu mencuri duit kawan kamu Ellisya?"soal Pn.Hjh Zahrah sebagai GPK 2 seperti seorang polis.S....S.....saya..............
Bersambung.............................................
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 6:02 AM 0 comments
Rich and Friends 2
"Sheqah,jangan buat perangai sekarang boleh tak?Ellisya kan murid baru,kesian dia."kata Sara kepada Sheqah."Eh,kenapa pulak!Sara,awak tahu kan saya memang tak suka orang kaya dan cantik macam Ellisya ni."kata Sheqah dengan nada yang marah.Memang dia sesungguhnya seorang yang keras kepala da ntidak mahu menerima orang lain atau dalam erti kata lain SOMBONG .Dengan segera Ellisya berlari ke tandas dan menolak Sara.Sara yang kebingungan dan rasa bersalah segera mengikut Ellisya ke dalam tandas.
***************************************************************
"Ellisya,saya minta maaf,Sheqah memang macam tu."kata Sara dengan nada yang serba salah.Kedengaran suara Ellisya yang sedang menangis dan berkata"saya memang orang tak berguna,semua orang tak nak kawan saya.Semuanya sebab keadaan saya.Bukannya saya nak jadi kaya tapi tuhan dah tentukan apa boleh saya buat"nangis Ellisya."Dah,nanti saya suruh Sheqah minta maaf dengan awak tapi awak bukalah pintu ni."rayu Sara.Tenyata kata kata Sara itu membuahkan hasil apabila Ellisya buka pintu.Dengan segera Sara memeluk Ellisya seperti sudah lama kenal.Seperti adik beradik yang lama terpisah."Awak okay?"tanya Sara.Ellisya yang hidungnya merah akibat menangis tadi menjawab"Saya okay,kawan kawan awak beruntungkan dapat kawan macam awak."kata Ellisya."Janganlah cakap macam tu,awak pun kawan saya dan saya dah rasa rapat sangat dengan awak.Kemudian mereka pun jalan beriringan ke kelas
****************************************************************
Matapelajaran bagi kelas 3 Cemerlang pada pagi itu ialah subjek Sejarah yang diajar oleh Pn.Ruminah Bt Hj.Haikal.Ellisya duduk disebelah Sara.Ellisya kelihatan teruja untuk belajar subjek yang membosankan itu.Sara pula kelihatan sudah menguap dan bersiap sedia untuk tidur tetapi Ellisya sudah bersuara kepadanya"Sara,awak mengantuk ye?" tanya Ellisya dengan prihatin."Ye,Pn.Ruminah ajar bosan lah mengantuklah.Sebab itulah saya tak suka matapelajaran Sejarah"kata Sara."Nah,ambillah gula-gula kopi ni mesti awak tak mengantuk"kata Ellisya."Awak cuba bayangkan awak ditempat yang cikgu ceritakan baru awak boleh merasai dan awak takkan mengantuk " kata Ellisya lagi.Pelik bin Ajaib apabila apa yang diajar oleh Ellisya kepada Sara mujarab.Sesungguhnya,Ellisya memang murid yang cerdik.Apabila tiba waktu pulang,terdengarlah suara yang memang wajib didengar dari setiap kelas iaitu "TERIMA KASIH CIKGU"dengan rentak berlagu oleh murid-murid.Tidak ketinggalan juga Ellisya dan Sara.Dari jauh,ada 4 pasang mata memerhatikan mereka.Siapakah mereka?Jangan lupa nantikan siri ke 3
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 2:36 AM 0 comments
Rich and Friends
Pada pagi itu,Puteri Ellisya Addeena sudah siap untuk ke sekolah baharunya iaitu sekolah yang ternama di Malaysia."Mama,Ellisya pergi sekolah dulu ye ,assalamualaikum mama."kata Ellisya dengan sopan dan penuh lemah lembut."Baiklah sayang,duit belanja dah ada ?"tanya Datin Rina Kirana yang juga bekas seorang model terkenal yang kaya."Tak mama,Ellisya bawa bekal sahaja."kata Ellisya."Ellisya,kita ni orang kaya dan berkemampuan,buat apa bawa bekal?Beg pun bawa beg Billabong,kamu ni kenapa sayang?"tanya mama dengan riak muka yang mengambil berat dan serious."Tak ada apa apa mama,Ellisya kena pergi dulu dah lambat."kata Ellisya dengan tergesa-gesa.
*******************************************************
Setibanya disekolah,Ellisya segera masuk ke dalam kelas tingkatan 3 Cemerlang yang juga kelas kedua.Tiba tiba dia disapa oleh seorang murid perempuan yang manis bertudung."Hai,saya Sara.Nama awak siapa?"tanya Puteri Maisara sambil menguntumkan senyuman yang paling manis kepada Ellisya."Hai,nama saya Puteri Ellisya Addeena,panggil Ellisya"kata Ellisya dengan sopan."Oh,awak dari mana?saya pun baru pindah,saya dari Kedah"kata Sara."Saya dari Kuala Lumpur,papa saya ada kerja dekat Putrajaya ni."kata Ellisya."Eh,jom lah masuk kelas,saya perkenalkan awak kepada kawan saya.Mereka semuanya baik dan peramah"kata Sara."Okay"kata Ellisya.Apabila sampai di kelas 3 Cemerlang,Sara segera memperkenalkan Ellisya kepada kawan-kawannya."Korang,ni Ellisya dia murid baru,perkenalkan lah diri korang"kata Sara.Tiba-tiba,seorang murid bernama Sheqah menolak."Tidak!saya tak nak!!"
BERSAMBUNG.................................
Truly,
misterious author
Posted by Misterious Author at 12:30 AM 0 comments
Introducing
Blog kedua ni tajuk nya tak menentu sebagaimana blog pertama yang bersiri.Hasil karya ini adalah hasil idea semulajadi saya,misterious author.I hope you all love my first blog and second blog.Jangan lepaskan kesempatan untuk baca blog pertama tentang The Whatever Princess vs The Wannabe Gurls.Jangan ketinggalan.ENJOY!!!
Truly
misterious author
Posted by Misterious Author at 12:14 AM 0 comments

















