BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 18, 2009

Rich and Friends 2

"Sheqah,jangan buat perangai sekarang boleh tak?Ellisya kan murid baru,kesian dia."kata Sara kepada Sheqah."Eh,kenapa pulak!Sara,awak tahu kan saya memang tak suka orang kaya dan cantik macam Ellisya ni."kata Sheqah dengan nada yang marah.Memang dia sesungguhnya seorang yang keras kepala da ntidak mahu menerima orang lain atau dalam erti kata lain SOMBONG .Dengan segera Ellisya berlari ke tandas dan menolak Sara.Sara yang kebingungan dan rasa bersalah segera mengikut Ellisya ke dalam tandas.

***************************************************************
"Ellisya,saya minta maaf,Sheqah memang macam tu."kata Sara dengan nada yang serba salah.Kedengaran suara Ellisya yang sedang menangis dan berkata"saya memang orang tak berguna,semua orang tak nak kawan saya.Semuanya sebab keadaan saya.Bukannya saya nak jadi kaya tapi tuhan dah tentukan apa boleh saya buat"nangis Ellisya."Dah,nanti saya suruh Sheqah minta maaf dengan awak tapi awak bukalah pintu ni."rayu Sara.Tenyata kata kata Sara itu membuahkan hasil apabila Ellisya buka pintu.Dengan segera Sara memeluk Ellisya seperti sudah lama kenal.Seperti adik beradik yang lama terpisah."Awak okay?"tanya Sara.Ellisya yang hidungnya merah akibat menangis tadi menjawab"Saya okay,kawan kawan awak beruntungkan dapat kawan macam awak."kata Ellisya."Janganlah cakap macam tu,awak pun kawan saya dan saya dah rasa rapat sangat dengan awak.Kemudian mereka pun jalan beriringan ke kelas

****************************************************************
Matapelajaran bagi kelas 3 Cemerlang pada pagi itu ialah subjek Sejarah yang diajar oleh Pn.Ruminah Bt Hj.Haikal.Ellisya duduk disebelah Sara.Ellisya kelihatan teruja untuk belajar subjek yang membosankan itu.Sara pula kelihatan sudah menguap dan bersiap sedia untuk tidur tetapi Ellisya sudah bersuara kepadanya"Sara,awak mengantuk ye?" tanya Ellisya dengan prihatin."Ye,Pn.Ruminah ajar bosan lah mengantuklah.Sebab itulah saya tak suka matapelajaran Sejarah"kata Sara."Nah,ambillah gula-gula kopi ni mesti awak tak mengantuk"kata Ellisya."Awak cuba bayangkan awak ditempat yang cikgu ceritakan baru awak boleh merasai dan awak takkan mengantuk " kata Ellisya lagi.Pelik bin Ajaib apabila apa yang diajar oleh Ellisya kepada Sara mujarab.Sesungguhnya,Ellisya memang murid yang cerdik.Apabila tiba waktu pulang,terdengarlah suara yang memang wajib didengar dari setiap kelas iaitu "TERIMA KASIH CIKGU"dengan rentak berlagu oleh murid-murid.Tidak ketinggalan juga Ellisya dan Sara.Dari jauh,ada 4 pasang mata memerhatikan mereka.Siapakah mereka?Jangan lupa nantikan siri ke 3

Truly,
misterious author

0 comments: