"Saya tak mencuri duit Ellisya cikgu,tolonglah percaya"kata Sara."Alah cikgu,kalau dah mencuri takkan dia nak mengaku,mana ada dalam sejarah sekolah kita orang mengaku lepas buat kesalahan"kata Qistina dengan bisanya."Qistina,kamu sila keluar dari bilik cikgu,jangan tambah huru hara lagi"kata Pn.Hjh Zahrah.Setelah Qistina keluar,Pn.Hjh.Zahrah dengan segera menjatuhkan hukuman keatas Puteri Maisara iaitu membersihkan tandas perempuan selama 3 hari di bawah pemantauan Pn.Liza dan Ellisya sendiri.
***************************************************************
Pada hari pertama:
"Ellisya,hari ni cikgu ada kelas lah,boleh Ellisya seorang je yang pantau Sara?"tanya Pn.Liza."Boleh cikgu,Ellisya boleh tolong cikgu,tapi sejam je sebab subjek lepas tu Sejarah,Pn.Ruminah nak bagi latihan untuk PMR"kata Ellisya."Itu pun dah cukup bagus,Ellisya.Terima kaih ye?"."Sama-sama cikgu."kata Ellisya lalu terus ke tandas dan dia mendapati Sara sudah ada di situ.
"Ellisya,saya nak minta maaf sangat,saya tak bersalah"rayu Sara."Sangat susah saya nak percaya awak sekarang Sara.Awak dah melukakan hati saya sebab selama ni saya anggap awak kawan baik saya tau!"kata Ellisya yang kedengarannya MUKTAMAD!!!!.Sedang mereka bergaduh,tiba-tiba empat orang perempuan yang tinggi lampai tetapi tidak berapa jelita datang."Well,well,well,inilah dia seorang budak tandas dan seorang lagi pemantau budak tandas.Kesian aku tengok korang ni."kata Sheqah diikuti hilaian ketawa Zizie,Sheela dan Zahirah."Eh,awak buat apa dekat sini hah?"tanya Sara sambil mengemop lantai."Tak de apa-apa,saja je nak tengok korang berdua."kata Sheqah."Eh,Sheqah,jomlah pergi,budak ni dah busuk macam bau tandaslah"kata Sheela sambil membuat muka nak termuntah untuk menambah perisa mengejek.Dengan segera mereka pun keluar dari tandas.
**************************************************************
Setibanya di rumah banglo Ellisya,dia mendapati ada sebuah kereta berjenama Ferrari berwarna kuning di 'garage'rumahnya.Dia segera berlari ke dalam selepas mengecam kereta siapa itu."Assalamualaikum,mama,Kak Eisya."kata Ellisya dengan suara nyaringnya dan masuk ke dalam rumahnya."Waalaikumussalam,Ellisya"kata Kak Eisya lalu memeluk Ellisya."Kak Eisya,Ellisya rindu sangat dengan kakak"kata Ellisya sambil memeluk dengan erat kakak kandungnya yang baru pulang dari London untuk belajar."How are you,darling"tanya Kak Eisya.Tiba-tiba muka Ellisya yang keriangan tadi bertukar menjadi masam apabila di soal oleh Kak Eisya .
Mengapakah Ellisya menjadi muram apabila di tanya khabar oleh Kak Eisya?Nantikan jawapannya di episod yang akan datang.ENJOY!!!!!!!!!!
Truly,
misterious author
Friday, September 18, 2009
Rich and Friends 4
Posted by Misterious Author at 11:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)















0 comments:
Post a Comment